mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUNAN 3 2022

40424710 1802619069854137 7466225865802645504 n

KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q3 2022

CELIK IT – NADILA BINTI JALANI 

ASAS KOMPUTER & MICROSOFT OFFICE

NAMA                 : NADILA BINTI JALANI

UMUR                 : 29 TAHUN

AHLI                    : 2018

Latar belakang

Nadila merupakan salah seorang pelajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dalat. Beliau merupakan pelajar kelainan upaya (fizikal) yang mudah memahami apa yang diajar walaupun beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini. Beliau gigih belajar asas komputer meskipun mempunyai kekurangan fizikal. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nadila merupakan pelajar kelainan upaya dan memang tidak didedahkan dengan komputer dan kemudahan ICT. Sebelum melibatkan diri dan mengikuti kelas di PEDi Pekan Dalat beliau tidak pernah menggunakan komputer dan tidak tahu menggunakan kemudahan ICT. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Nadila seorang yang aktif dan sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan dan pernah terlibat semasa hari bersama komuniti PEDi Pekan Dalat. Selain itu, beliau juga pertama kali menggunakan komputer di PEDi Pekan Dalat serta mempelajari perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint. Nadila dilihat semakin mahir menggunakan perisian tersebut setelah mengikuti Kelas Asas Komputer Pelatih OKU PDK yang diadakan pada setiap minggu di PEDi Pekan Dalat. Selain itu, Nadila juga turut mempelajari cara untuk melayari internet menggunakan Google Chrome bagi memuat turun imej dan mencari maklumat.

40424710 1802619069854137 7466225865802645504 n