Berita baik untuk anda yang pakar dalam bidang fotografi atau edit mengedit, di sini ada peluang untuk anda menonjolkan bakat.

“Imagineering the apsirations of TN50”
Imagineering bagi tema festival DC3 Competition 2017 ini membawa maksud pelaksanaan dan persembahan rekacipta idea-idea imaginatif yang menjurus kepada penghasilan karya kandungan kreatif yang berinovatif, pragmatik dan praktikal.
Digital creative content creation (dc3) is introduced as a platform for all local artists to produce creative content to be displayed via a digital online platform in order to share their ideas, aspirations and stories to support the 30 – year transformation plan – tn50.
Kategori Pertandingan
1. Fotografi
2. Manipulasi Gambar Digital (Digital Image Manipulation)
3. Multimedia Kreatif (New Media Design / Multimedia Application)
4. Video Digital (PSA / Short Documentary / Short Story Video)
Konsep Pilihan Untuk Pertandingan
Sosiobudaya masyarakat – Karya kandungan yang memberi penekanan dan persoalan kepada aspek; budaya, agama, hubungan kekeluargaan, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, urbanisasi, teknologi, ekonomi, perpaduan serta identiti bangsa dan negara yang merupakan aspek-aspek penting bagi pembentukan peradaban berhubung dengan pelan TN50.
Sains & Teknologi – Karya kandungan yang khusus memberi penekanan kepada peranan dan cabaran pengaruh kemajuan sains dan teknologi yang boleh membawa kesan positif atau negatif terhadap transformasi pemikiran dan gaya hidup rakyat Malaysia di masa akan dating.
Sertailah sekarang!
HADIAH PERTAMA : RM3000.00
HADIAH KEDUA : RM2000.00
HADIAH KETIGA : RM1000.00
KAEDAH PENYERTAAN
1. Layari https://dc3awards.com
2. Klik butang Enter Competition
3. Klik Click to Register/Login
4. Skroll sehingga ke REGISTER AND CREATE AN ACCOUNT area
5. Masukkan butiran yang diperlukan
6. Muat naik penyertaan
Format penyertaan untuk kandungan Aplikasi Multimedia;
Format pengekodan (Encoding):
• MP4
• Resolusi fail Video atau filem: Definasi tinggi (HD)
• Minima: 720 (1280 X 720) Pixel
• Maksima: 1080 (1920 X 1080) Pixel
Format penyertaan untuk kandungan Fotografi dan Digital Imej Manipulasi;
1. Foto hendaklah mengikut spesifikasi sekurang-kurang 5MB file size atau sekurang-kurangnya / melebihi 5000 pixel pada mana2 bahagian yang terpanjang dan resolusi 300dpi
2. Resolusi fail Video atau filem: Definasi tinggi (HD)
• Minima: 720 (1280 X 720) Pixel
• Maksima: 1080 (1920 X 1080) Pixel
Format penyertaan untuk kandungan Video Digital;
1. Format pengekodan (Encoding): MP4
2. Resolusi fail Video atau filem: Definasi tinggi (HD)
• Minima: 720 (1280 X 720) Pixel
• Maksima: 1080 (1920 X 1080) Pixel
3. Resolusi fail Audio: 44KHz 16bit (stereo)
Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.