mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah PEDI PEKAN DALAT

 

  

 

Pusat Internet Pekan Dalat (PI Pekan Dalat) atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Dalat (PJK) yang beroperasi di Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah Lama Dalat dari 24 Ogos 2009 hingga November 2014.

Pusat Internet Pekan Dalat (PI Pekan Dalat) telah berpindah ke bangunan baru bersebelahan dengan SK Sg Ud 96300 Dalat pada 26 November 2015.

Pusat Internet Pekan Dalat (PI Pekan Dalat) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di Pusat Internet  Pekan Dalat (PI Pekan Dalat) ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.